Pereka terkenal dari Sweden, Net Entertainment telah mencipta satu mesin slot yang khas untuk peminat genre steam punk dan vintaj. Permainan ini mengambil tempat pada awal tahun 1900 iaitu pada era Victoria, tapi mempunyai elemen-elemen steam punk dan fantasi yang kuat. Tujuan permainan ini adalah untuk anda, iaitu seorang pengembara yang ingin menyelamatkan seorang gadis muda yang tinggal di atas menara dan dilindungi oleh seekor naga yang ganas.

Steam Tower

Untuk menyelamatkan gadis tersebut anda harus memanjat menara itu, yang mana cuma dibenarkan semasa free spins. Free spins merupakan elemen utama dalam slot ini, dan anda boleh mendapat pendarab sebanyak x7 semasa memanjat menara tersebut. Seperti yang kita harapkan dari pihak Net Entertainment, grafik slot video yang dalam bentuk 3D telah direka dengan amat teliti dan cantik, dan anda boleh jumpa simbol-simbol pengembara, mata naga, gadis muda yang menawan dan juga menara. Simbol-simbol yang lain merupakan simbol slot tradisional seperti A, K, Q dan J.

Tahap permainan adalah laju dan menarik. Anda akan dapat peluang yang tertinggi untuk memenangi banyak duit semasa free spins sedang berlangsung. Jika anda bernasib baik, anda boleh memenangi sebanyak 300,000 syiling dalam hanya satu pusingan. Simbol yang mempunyai bayaran tertinggi ialah simbol mata naga, dan apabila anda berjaya mendapatkannya lima kali di payline anda akan memenangi 2000 syiling, didarab mengikut tahap pilihan taruhan anda.

Anggaran taruhan

Slot Steam Tower oleh Netent mempunyai 5 gulungan dan 15 paylines tetap. Anda boleh pilih satu nilai syiling daripada 0.01 dan 1 €/£/$, dan anda dibenarkan bermain di antara tahap pertaruhan 1 hingga10 yang menggandakan taruhan anda. Jumlah minimum yang anda perlu timbun untuk satu pusingan ialah 0.15 €/£/$ dan maksimumnya ialah 150 €/£/$.

Simbol Wild

Simbol Wild mewakili cangkuk senjata api yang dipegang dalam permainan ini. Ia akan bertindak sebagai pengganti kepada simbol-simbol yang lain untuk melengkapkan kombinasi bayaran tertinggi untuk satu payline. Simbol ini boleh muncul secara bertimbun di kesemua tiga-tiga posisi gulungan, dengan menunjukkan imej lengkap si pengembara. Wild bertimbun hanya boleh muncul dalam permainan asas.

Steam Tower

Free spins

Sekiranya anda berjaya mendapat imej lengkap si pengembara (ini merupakan Wild bertimbun) di gulungan, anda akan diberikan 10 free spins, dan si pengembara akan mara ke tingkat pertama di menara tersebut. Jumlah keseluruhan tingkat-tingkat yang ada di menara ialah 16 tingkat. Jika anda dapat tambahan simbol Wild pada skrin semasa free spins berlangsung, anda akan diberi lagi ekstra dua free spins, dan terus mara ke tahap seterusnya di menara. Semakin tinggi tingkat anda, semakin tinggi jumlah pendarab yang anda akan dapat untuk kemenangan anda. Pada tiga tingkat yang terawal anda akan menerima pendarab x2, pada tingkat 4 hingga 6 kemenangan akan didarab sebanyak 3 kali, pada tingkat 7 hingga 9 kemenangan akan didarab sebanyak 4 kali, pada tingkat 10 hingga 12 kemenangan akan didarab sebanyak 5 kali, pada tingkat 13 hingga 15 pula kemenangan akan didarab sebanyak 6 kali, dan akhir sekali ialah apabila anda telah sampai di tingkat ke-16, kemenangan akan didarab sebanyak 7 kali. Jikalau anda berjaya sampai ke puncak menara anda akan diberi bonus 1000 syiling, dan didarab mengikut tahap taruhan anda.

Semasa free spins sedang berlangsung anda boleh melihat terdapat 3 meter di bawah gulungan, salah satu daripadanya ialah meter tingkat yang menunjukkan anda sedang berada di tingkat yang ke berapa; satu lagi adalah meter pendarab yang menunjukkan tahap semasa pendarab untuk kemenangan anda, dan yang terakhir sekali ialah meter menara yang menunjukkan kedudukan semasa dan pendarab yang dapat digunakan.

Gambaran keseluruhan slot Steam Tower

Software Netent
Jenis slot Slot video
Slot gulungan / payline 5 Gulungan / 15 Paylines
Anggaran syiling 0.01 / 0.10
Min / max taruhan 0.15 / 15
Free spins Ada
Pusingan bonus Wilds, Scatters, Pendarab & Free Spins