Pasukan MIT Blackjack
Pada awal tahun 1900-an, pasukan MIT Blackjack telah membuktikan bahawa terdapat kemungkinan untuk memenangi wang dengan menggunakan Card Counting. Mereka menjadi terkenal dengan mengumpulkan wang yang banyak di kasino Las Vegas. Kumpulan ini terdiri daripada pelajar- pelajar yang berbakat dari MIT terkenal di Cambridge, kolej sains yang terkenal di Amerika Syarikat. Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan kepada anda teknik yang mereka gunakan untuk memenangi wang yang banyak.
Permainan yang menguntungkan
Blackjack menawarkan salah satu kelebihan house yang paling lemih dalam kalangan semua permainan-permainan kasino. Lebih-lebih lagi, terdapat kemungkinan untuk mendapat manfaat daripada kadar bayaran yang tinggi apabila menggunakan strategi asas, shuffle tracking atau sistem Card Counting. Sistem Card Counting yang dicipta oleh Edward O. Thorp dalam bukunya Beat the Dealer adalah agak kompleks, tetapi banyak teks-teks yang diterbitkan sejak tahun 1960-an menjadikan ia lebih mudah.
Strategi pasukan
Idea untuk memenangi wang wang banyak menggunakan Card Counting telah bercambah di minda pelajar- pelajar matematik di MIT. Strategi mereka adalah untuk menggabungkan kelebihan pemain individu dengan pendekatan Card Counting pasukan untuk memaksimumkan kemenangan mereka dan menutup tingkah laku mereka. Di samping itu, mereka telah menggunakan teknik shuffle- tracking dan Ace- tracking. Card Counting telah membawa mereka 2% kelebihan kepada para pemain, tetapi set lengkap teknik yang digunakan oleh pasukan MIT Blackjack telah memberi mereka kelebihan sebanyak 4%.
Pembahagian pekerja
Pasukan ini berpegang pada satu prinsip yang mudah: pembahagian pekerja. Prinsip ini menjadikan lebih sukar kepada kamera litar tertutup untuk mengesan strategi mereka. Ia adalah mudah untuk mengecam tindakan oleh seorang pengira kad yang meningkatkan atau mengurangkan taruhannya mengikut sama ada shoe tersebut mempunyai kelebihan atau tidak. Namun begitu, ia adalah lebih sukar untuk dibongkar oleh kasino apabila dalam sebuah pasukan di mana setiap ahli mempunyai peranan yang telah ditetapkan bekerjasama tanpa kelihatan berbuat demikian. Pasukan tersebut juga mengambil ahli yang baru secara kerap untuk mengelakkan kasino- kasino mengecam muka mereka bersama dengan kerap.
Peranan setiap ahli
Ahli pasukan mengisi salah satu daripada tiga peranan utama: Spotter, Gorilla atau Big Playe. Spotter tidak sepatunya untuk menang. Mereka mesti bermain di meja dan mengira kad- kad. Mereka selalunya meletakkan taruhan cip yang minimum. Sebaik sahaja jumlah shoe tersebut menjadi positif dan berada dalam kelebihan para pemain, mereka akan memberi isyarat kepada Gorilla dan Big Player.
Gorila tidak perlu mengira kad. Mereka berpuas hati dengan membuat taruhan yang besar apabila Spotter memberi isyarat kepada mereka untuk berbuat demikian. Bagi Big Player, mereka adalah seperti Gorilla, tetapi Gorilla yang mengira kad. Sebaik sahaja Spotter memberitahu mereka untuk pergi ke meja, mereka mula bermain sambil cuba menjadi berhati-hati dengan mempelbagaikan nilai taruhan mereka. Walau bagaimanapun, mereka selalu bermain pada shoe yang bagus supaya mereka tidak perlu mengurangkan taruhan mereka.
Tujuan Gorila dan Big Player adalah untuk meletakkan taruhan yang besar apabila shoe mengandungi kad yang paling bagus tanpa menarik perhatian Dealer atau pasukan keselamatan kasino. Oleh kerana mereka hanya tiba pada meja pada masa yang sesuai, mereka tidak akan dianggap sebagai pengira kad yang meningkatkan atau mengurangkan taruhan mereka mengikut kelebihan yang diberikan kad yang tinggal dalam shoe tersebut.
Pembubaran pasukan
Apabila mereka menjadi lebih kaya, ahli pasukan mula bertaruh sejumlah wang yang besar. Kasino-kasino mula menjadi curiga. Mereka berasa pelik bahawa para pelajar mampu bertaruh secara banyak pada satu genggaman Blackjack. Oleh itu, mereka telah meningkatkan pengawasan sebagai satu langkah yang merumitkan usaha pasukan tersebut. Selepas mereka kalah dalam beberapa sesi permainan, ahli-ahli pasukan memutuskan untuk membubarkan pasukan tersebut. Pasukan yang lain menggantikan mereka, tetapi tempat- tempat perjudian mula tidak mempercayai pelajar dan telah membeli carta organisasi universiti dari universiti- universiti yang berprestij, lengkap dengan foto pelajar.
Salah seorang ahli pasukan MIT Blackjack, Ben Mezrich telah menerbitkan sebuah buku yang berjudul Bringing Down the House menceritakan semula kisah sekumpulan pelajar yang telah menjadi lagenda pada masa kini. Baru- baru ini, sebuah filem yang mengenai kisah ini telah ditayangkan di pawagam. Adaptasi ini dipanggil Las Vegas 21 dan dihasilkan dan dilakonkan oleh Kevin Spacey.
Anda boleh bertanya soalan anda pada bekas pemain profesional pasukan MIT dalam forum Blackjack ini.