Jika anda ingin memenangi wang dengan Blackjack, sistem pengiraan kad adalah penyelesaian yang baik. Namun begitu, jika anda bermain di meja yang menggunakan shoe yang mengandungi kad lebih daripada satu dek maka mengira bukanlah satu- satunya perkara yang perlu anda lakukan. Secara ringkasnya, anda juga perlu menganggar jumlah yang anda peroleh menggunakan sistem kiraan dengan bilangan dek yang tinggal dalam shoe.

Kiraan sebenar sistem Card Counting bagi Blackjack

Kiraan sebenar

Mengira kad adalah satu perkara tetapi apabila anda bermain di meja yang menggunakan beberapa dek ia adalah tidak cukup. Fungsi asas bagi mana-mana sistem Card Counting ialah untuk menentukan sama ada terdapat lebih atau kurang kad besar di dalam shoe iaitu Ace dan kad yang bernilai 10 –  King,Queen, Jack dan 10. Peratusan bagi kad yang bernilai 10 akan menjadi lebih tinggi dengan kiraan +10 apabila tinggal 2 dek untuk dimain berbanding daripada tinggal 5 dek. Disebabkan inilah, sebuah sistem diperlukan untuk menentukan kiraan sebenar.

Menentukan kiraan yang sebenar

Untuk menghitung kiraan yang sebenar, anda mesti terlebih dahulu mengetahui beberapa kad yang tinggal dalam shoe tersebut. Bagi tujuan ini, anda perlu membuat anggaran kasar bilangan kad. Seterusnya, anda hanya perlu membahagian jumlah dengan bilangan dek yang tertinggal untuk dimainkan.

Sebagai contoh, jika shoe masih mengandungi kira- kira dua dek kad, dan kiraan anda bersamaan dengan +10, kiraan sebenar adalah +10/2, atau +5.

Menentukan bilangan dek yang tertinggal dalam shoe

Kami menasihati anda untuk membuat anggaran kasar bilangan kad yang terkandung dalam shoe. Amalan ini agak rumit dan tidak boleh bergantung kepadanya. Terdapat cara penyelesaian yang lain. Ia adalah dengan menentukan bilangan dek yang digunakan berdasarkan bilangan pusingan yang telah dimain. Apabila terdapat enam orang pemain, anda boleh kira setiap pemain menggunakan tiga kad bagi setiap genggaman secara puratanya, satu pusingan mewakili satu pertiga daripada dek. Dua pusingan tambahan diperlukan untuk menghabiskan dek tersebut. Kaedah ini memakan masa tetapi lebih berkesan, terutamanya di kasino- kasino yang cuba menyembunyikan bilangan kad yang tinggal untuk mengelakkan cubaan dalam Card Counting.

Kiraan sebenar sistem Card Counting bagi Blackjack

Bertaruh mengikut kiraan yang sebenar

Semakin positif kiraan sebenar, maka semakin banyak kad yang besar yang tinggal dalam shoe. Bagi shoe yang mengandungi enam dek, setiap markah tambahan akan ditambah kepada kiraan sebenar yang akan memberikan sebanyak 0.5% kelebihan kepada pemain. Apabila dealer mengocok kad, kiraan akan kembali kepada kosong. Kelebihan ruman akan menjadi 0.5%. Dengan kiraan sebenar +1, peluang anda adalah sama dengan peluang tuan rumah. Dengan kiraan sebenar +2, anda mempunyai kelebihan 0.5%. Yang berikut adalah cara kami menasihati anda untuk membuat taruhan:

Kiraan sebenar pada +1 atau kurang: letakkan taruhan minimum

Kiraan sebenar pada +2 atau +3: letakkan taruhan dua kali ganda daripada taruhan awal.

Kiraan sebenar: +4 atau +5:letakkan taruhan tiga kali ganda daripada taruhan awal.

Kiraan sebenar +6 atau +7: letakkan taruhan empat kali ganda daripada taruhan awal.

Kiraan sebenar: +8 atau lebih: ikut keinginan anda