Blackjack bukanlah sebuah permainan yang bergantung pada peluang dan tuah sahaja, sebaliknya taktik yang baik membolehkan anda memenangi wang yang banyak. Strategi asas yang terkenal atau sistem Card Counting (terutamanya HI-LO count, KO count dan Hi-Opt I dan II) berada disini untuk mengingatkan kita tentang fakta ini.
Ramai penulis telah menghasilkan buku yang menawarkan strategi permainan, petua dan nasihat. Dalam kalangan penulis ini, kita boleh merujuk kepada penulis yang terkenal seperti Edward O. Thorpe dan bukunya Beat the Dealer. Roger Baldwin dan bukunya The optimum strategy in Blackjack dan Julian Braun dan karyanya yang bertajuk How to Play Winning Blackjack.
Dalam bahagian ini, kami akan memperkenalkan anda kepada beberapa buku yang mungkin kurang dikenali tetapi masih mempunyai kesan yang sama untuk menewaskan tuan rumah dalam Blackjack. Yang pertama ialah Blackjack: Apprenez l’excellence ( Blackjack: belajar untuk berjaya dalam bahasa Inggeris ) oleh François Montmirel. Dalam karya ini, penulis membangunkan sistem sendiri bagi mengira kad. Kami juga menawarkan pengenalan kepada Professional Blackjack oleh Stanford Wong dimana ia menyempurnakan strategi asas melalui simulasi komputer.
Kedua-dua buku ini menyediakan pelbagai teknik untuk memenangi wang. Pergi ke Las Vegas, Atlantic City, Reno, Monte-Carlo atau Enghien-les-bains melalui buku-buku ini. Dengan memilih pilihan yang tepat ( sama ada surrender, double down, insurance, split, hit atau stand ) pada masa yang betul, anda meletakkan nasib anda menentang Dealer. Bentuk segenggam 21 dan anda akan menang besar.
Le Blackjack: Apprenez l’excellence oleh François Montmirel
Dalam dunia kasino, online dan juga offline, Blackjack adalah permainan yang sangat terkenal. Dalam tempat perjudian, satu dari dua meja adalah untuk Blackjack. Dalam Le Blackjack: Apprenez l’excellence, François Montmirel menceritakan pengalamannya sebagai pemain profesional untuk memperkenalkan pemainan kad yang menarik dan membawakan kegembiraan kepada anda.
Penulis
François Montmirel ialah 40 tahun, mempunyai ijazah university dalam sains ekonomi dan pemasaran dan telah menjadikan dirinya sebagai pemain daun terup dan Blackjack yang terkenal di Perancis. Menurut beliau, Blackjack ialah sebuah permainan yang sangat berbeza. Ia adalah satu-satunya permainan tradisional casino dimana pemain boleh membezakan keputusannya untuk membaiki keputusannya. Aspek inilah yang mendorongnya mula bermain pada 1985 dalam usia 22. Beliau cuba untuk membangunkan strategi sendiri untuk permainan ini apabila beliau lebih tertarik kepada rolet. Pemain tidak dibenarkan untuk menyentuk kad mereka dan pulangan pada taruhan adalah lebih terhad berbanding rolet.
Asal-usul buku tersebut
Selepas menerbitkan bukunya yang didedikasikan untuk daun terup, Hatier, editornya, telah menempah sebuah buku mengenai permainan kasino. Kesannya, François Montmirel mula bermain setiap permainan kasino selama setahun. Jelas sekali, Blackjack termasuk. Sebagai persediaan untuk permainan ini, beliau mengumpulkan maklumat dan telah membaca beberapa buku. Beliau menyukai buku Beat the Dealer oleh Edward O.Thorpe dan Million Dollar Blackjack oleh Ken Uston. Dalam karya masing-masing, kedua-dua pemain hebat ini telah membangunkan sistem Card Counting yang mempesonakan François Montmirel terutamanya sistem yang dikemukakan oleh Uston yang mencipta pemainan berpasukan.
Kandungan
Di sepanjang buku Le Blackjack: Apprenez l’excellence, François Montmirel menjawab semua soalan yang anda akan tanya sepanjang permainan dan memperkenalkan anda kepada teknik yang paling berkesan. Disebabkan karyanya anda sepatutnya mencapai kemajuan dan menjadi pemain yang mahir. Blackjack adalah permainan yang boleh menjadi sangat menguntungkan bagi pemain yang mahir, jadi,gunakanlah buku ini jika anda ingin menang besar.
François Montmirel juga membangunkan sistem Card Counting sendiri. ‘Banyak kaedah yang berbeza yang memberi anda keputusan yang berbeza bergantung kepada kesukaran ia. Puratanya, pembelajaran Card Countin mengambil dua minggu, diikuti dengan latihan pada setiap hari.
Blackjack attack
Diterbitkan pada tahun 1997, buku Don Schlesinger, Blackjack Attack: Playing the Pro’s way, menjemput anda untuk mencari strategi yang berbeza seperti Card Counting, kaedah pertaruhan yang berbeza dan teknik untuk bermain dalam pasukan.
3 edisi dalam 6 tahun
Edisi pertama bagi karya ini menawarkan nasihat sebanyak 268 muka surat. Pada tahun 2000, edisi kedua diterbitkan. Empat tahun kemudian, edisi ketiga telah berada di rak-rak kedai buku. Dalam tempoh enam tahun, saiz buku telah berganda kerana terdapat 515 muka surat yang didedikasikan untuk strategi terbaik untuk memenangi Blackjack.
Buku untuk pemain advance
Blackjack Attack ditulis untuk pemain yang berpengalaman. Pemain amatur yang tidak begitu masak dengan sistem kiraan kad mungkin menghadapi masalah untuk menghargai karya Don Schlesinger. Sebagai contoh, buku tersebut tidak menawarkan pengenalan atau prinsip Card Counting jadi ia bukanlah buku pertama yang anda patut baca.
Karya yang terkenal
Arnold Snyder, permain profesional dan kini seorang penulis percaya bahawa buku ini menetapkan standard bagi panduan rujukan dan patut menjadi klassik dengan cepat. Beliau menambah bahawa dia percaya pemain serius patut memiliki buku itu. Penulis yang lain yang hebat, Stanford Strong juga memuji buku itu.
Malangnya, Blackjack Attack: Playing the Pro’s Way belum diterjemahkan dalam bahasa Perancis. Ia hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris. Ia boleh didapati dalam paperback dan hardcover. Edisi pengumpul juga telah diterbitkan. Ia adalah buku yang sangat menarik, dicetak pada kertas yang cantik dan mempunyai penutup kulit yang mewah.
Get the edge at Blackjack
Buku yang sangat baik
Pada bulan November 2000, John May menerbitkan sebuah buku yang sangat baik mengenai dua puluh satu yang dikenali Get the Edge at Blackjack dari pusat pencetakan Bonus Book. Ia menjemput anda untuk mempelajari strategi yang efektif yang kasino akan berharap anda tidak tahu tetapi ia digunakan secara rahsia oleh pemain-pemain terbaik. Teknik-teknik ini dipanggil kaedah kelebihan bermain kerana ia memberikan kelebihan kepada pemain, bukannya kasino.
Kaya dengan kandungan
Buku ini bermula dengan synopsis pendek mengenai peraturan Blackjack di mana ia sedikit aneh bagi sebuah buku yang digunakan oleh pakar. Anda pula akan menemui pengenalan mengenai strategi asas dan pengenalan kepada Card Counting menggunakan sistem kiraan Hi-Lo. Seterusnya, anda akan lihat pada dua kaedah yang lebih berkesan termasuk kiraan KO. Anda akan mempelajari semua yang perlu diketahui mengenai seni pertaruhan. Contohnya, penulis mengesyorkan bahawa anda bertaruh 40% daripada bankroll anda jika kad pertama anda adalah Ace. Anda juga akan menemui kaedah untuk membantu anda cuba mengalahkan mesen shuffle. Ia lebih kepada sebuah eksperimen daripada kaedah yang telah dibuktikan tetapi ia juga didedahkan sebagai kaya dengan ajaran. Dalam hujung buku, terdapat satu bab mengenai kasino online yang akan membantu anda menang.
Buku untuk pemain yang bermain dengan kerap
Kebanyakan teknik adalah tidak berguna untuk permain yang bermain sekali-sekala. Teknik-teknik tersebut memerlukan latihan yang banyak dan sesetengahnya memerlukan sebuah pasukan untuk menjadi berkesan. Sesetengah teknik hanyalah boleh dipakai dalam situasi yang tertentu dan jarang boleh digunakan, contohnya semasa bermain dengan Dealer yang tidak berpengalaman. Walau bagaimanapun, jika anda ialah pemain biasa anda harus mencari apa yang anda perlu. Sebenarnya, buku ini menawarkan sejumlah senjata yang berkesan untuk anda gunakan ketika anda cuba untuk mengalahkan Dealer.
Knock-Out Blackjack
Knock-Out Blackjack: The Easiest Card Counting System Ever Devised adalah salah satu buku dari Amerika yang jarang diterjemahkan dalam bahasa Perancis, didedikasikan untuk Blackjack. Buku itu ditulis oleh Olaf Vancura dan Ken Fuchs diterbitkan oleh MA editions dan berharga sekitar 20€. Ia memperkenalkan pemain kepada sistem Card Counting yang paling mudah, KO count. Justeru, ia mendapat nama Knock-Out Blackjack.
Sistem yang mudah dan berkesan
Kasino akan membuatkan anda percaya bahawa sistem Card Counting ialah sangat rumit untuk digunakan kerana ia memerlukan keupayaan intelektual yang signifikan dan memory yang banyak. Pada hakikatnya, ini adalah palsu terutamanya jika anda menggunakan teknik mudah seperti KO count yang membolehkan anda mengalahkan Dealer tanpa memerlukan ijazah universiti dari MIT. Oleh kerana mudah didapati, kaedah ini tidak kurang berkesan daripada kaedah yang lain. Ini telah terbukti melalui berbilion tangan yang telah bermainnya, terima kasih kepada teknologi komputer. Jika anda membaca buku inji, anda akan menemui kaedah untuk mengalahkan tuan rumah apabila bermain Blackjack.
Kandungan
Buku ini bermula dengan sejarah pengiraan kad yang pendek. Pembaca kemudian akan menemui beberapa perkara mengenai strategi asa, diikuti dnegan pengenalan kepada Card Counting. Selepas itu, penulis akan menceritakan sistem KO count, pertama dalam versi yang tidak sederhana untuk pemula, diikuti dengan strategi maju dan berakhir dengan tahap untuk pemain yang berpengalaman. Ringkasnya, buku itu menunjukkan anda cara untuk meningkatkan kemenangan Blackjack anda.
Sesuai untuk pemula
Karya ini bukanlah buku Blackjack yang terbaik di dunia dan kaedah KO count bukan semestinya yang paling berkesan, namun, jika anda ialah pemula. Sama ada anda mahu memenangi wang atau bermain untuk suka-suka, buku Olaf Vancura dan Ken Fuch telah dibuktikan menjadi pilihan yang terbaik. Tambahan pula, ia agak berkesan, jadi ia adalah sesuai untuk anda mengambil langkah pertama ke dalam dunia Blackjack.
Professional Blackjack oleh Stanford Wong
Dalam karyanya Professional Blackjack, Stanford Wong menyusun strategi asas melalui simulasi komputer. Buku ini boleh digunakan oleh pemula serta pakar kepada permainan ini. Dengan cepat, ia telah menjadi rujukan kepada dan mesti dimiliki setiap pemain dan yang serius terhadap menguasai Blackjack. Jualan buku ini terus meningkat setiap tahun, tidak seperti jualan untuk buku yang lain. Kini, 5000 buah buku dijual pada setiap tahun.
Penulis
Stanford Wong dilahirkan pada 1943 dan berasal dari Georgia, Amerika Syarikat. Beliau mempunyai sarjana ijazah dalam Sains serta MBA dan Doktor Falsafah, beliau telah mengajar matematik selama beberapa tahun. Penguasaan disiplinnya membenarkan dia untuk membangunkan teknik Blackjack yang terbaik untuk bermain mengikut kad muka Dealer. Teknik ini ialah teknik yang dibentangkan di Professional Blackjack.
Beliau telah menjadi peminat kepada permainan kad tersebut buat masa yang lama. Pada usia 10, beliau mula bermain. Dalam usia 60-an, dia menemui buku Edward O.Thorp yang terkenal Beat the Dealer. Beliau dengan cepatnya telah belajar Card Counting daripadanya. Pada usia 21, dia telah mula menggunakan tekniknya di kasino-kasino.
Beliau ialah pengarang kepada pelbagai buku: Winning Without Counting, diterbitkan pada 1978, Blackjack in Asia pada 1979, Tournament Blackjack pada 1987, Tournament Craps pada 1987, Professional Video Poker pada 1988, Optimal Strategy for Pai Gow Poker pada 1990, Basic Blackjack pada 1992, Casino Tournament Strategy pada 1992, Betting Cheap Claimers pada 1992, Blackjack Secrets pada 1993, Sharp Sports Betting pada 2001, dan Wong on Dice pada 2005.