Jika benar ada permainan yang lebih menarik dan lebih menyeronokkan daripada yang lain, ia hanyalah Blackjack, kadang-kala dipanggil dua puluh satu(21). Jenis Blackjack yang dimainkan tidak penting sama ada Spanish 21, Pontoon, Blackjack Switch, Royal Match, Double Exposure ataupun 21 Madness, permainan ini sentiasa menarik perhatian orang.

Permainan kasino online yang paling menarik di dunia

Ia sangatlah terkenal di dunia kasino online dan juga offline dan permainan ini dimain di seluruh dunia di Las Vegas, Atlantic City dan Reno serta Macau, Enhien-les-bains, Monaco atau Sun City di Afrika Selatan.

Selain senang difahami dan dimahiri, Blackjack juga sangat menguntungkan. Kelebihan house adalah agak rendah dan kadar bayaran adalah agak tinggi. Di samping itu, kadar bayaran boleh dipertingkat dengan menggunakan strategi asas yang diperkenalkan oleh Roger Baldwin dalam artikelnya ‘strategi optimum dalam Blackjack’ atau dengan menggunakan Card Counting yang dicipta oleh Edward O. Thorpe dalam bukunya iaitu Beat the Dealer. Terdapat beberapa sistem card counting. Sistem yang paling terkenal ialah KO count, Hi Opt I dan II dan HI-LO count. HI-LO count menjadi terkenal dalam filem Las Vegas 21 yang dibintangi oleh Kevin Spacey ialah sebuah cerita dimana kumpulan MIT Blackjack yang terkenal telah memenangi berjuta-juta dolar dengan teknik tersebut. Dalam Blackjack, anda mestilah mempunyai segenggam yang lebih besar daripada genggaman Dealer. Untuk berbuat demikian, anda boleh mengambil kad (Hit), tidak mengambil kad (stand), menambah taruhan (Double), ceraikan kad (split) atau mengambil insurans. Jika anda mempunyai Ace dan kad yang bernilai 10 (King, Queen, Jack ataupun sepuluh) bergembiralah kerana anda mempunyai Blackjack. Dengan genggaman ini, anda mungkin dapat memenangi wang.

Sejarah Blackjack

Dalam dunia kasino online dan offline, Blackjack ialah salah satu permainan yang sering dimainkan dan paling dinikmati. Kadang-kala ia dipanggil dua puluh satu dan ia terkenal kerana kemudahannya. Kami akan memperkenalkan anda kepada sejarah permainan kad yang menagihkan dalam perenggan yang selajutnya.

Asal-usul Blackjack

Sehingga pada hari ini, pakar-pakar masih lagi tidak tahu asal-usul Blackjack yang sebenar. Walau bagaimanapun, ia seperti telah diilhamkan oleh permainan Perancis Chemin de Fer and French Ferme. Ia dimainkan di kasino Perancis pada 1700-an menggunakan nama dua puluh satu. Selepas revolusi Perancis, kad tersebut telah ditempatkan di dalam bagasi pendatang asing Perancis ke Amerika Syarikat. Di negara yang baru ini, permainan tersebut tidak menerima kejayaan dengan serta-merta sehinggalah tempat perjudian mencipta variasi yang baru yang membuat permainan ini terkenal. Dalam variasi ini, kedua-dua kad pertama yang dipegang oleh pemain adalah kad daun pekak dan kad daun sped Ace. Pemain tersebut telah memenagi wang tambahan. Oleh kerana pemain tersebut memegang kad daun pekak dan kad daun sped Ace, permainan tersebut dipanggil sebagai Blackjack. Nama tersebut sentiasa digunakan walaupun variasi tersebut tidak lagi dimainkan.

Permainan kasino online yang paling menarik di dunia

Pembangunan strategi asas

Dengan kejayaan Blackjack yang semakin meningkat, para peminat berusaha untuk membangunkan kaedah yang membolehkan mereka memenangi wang dan sentiasa menjadi pemain dan bukan tuan rumah. Pada 1953, Roger Baldwin, orang Amerika telah membangunkan satu teknik saintifik yang menggunakan matematik dan kebarangkalian. Teknik tersebut telah diperkenalkan di dalam artikel yang masih lagi terkenal sehingga hari ini iaitu ‘the optimum strategy in Blackjack’dan ia telah diterbitkan dalam Journal of the American Statistical Association. Artikel tersebut ialah asal-usul kepada apa yang dikenali sebagai strategi asas pada hari ini.

Ciptaan dan penyempurnaan Card Counting

Pada 1962, Edward O.Thorpe yang berasal dari Amerika juga, telah membangunkan teknik yang lebih efektif. Teknik ini membenarkan pemain untuk mengira kad. Beliau telah menyampaikan tekniknya dalam sebuah buku yang masih dirujuk sehingga hari ini, Beat the Dealer. Kebelakangan ini, Hollywood telah memberi penghormatan kepada sistem ini dengan menggunakan filem Las Vegas 21 yang dibintangi oleh Kevin Spacey yang menceritakan kisah benar kumpulan MIT Blackjack yang terkenal yang telah menjadi kaya menggunakan Card Counting.

Tindak balas daripada kasino-kasino

Untuk mengatasi penularan teknik-teknik perjudian (dimana terdapat beberapa teknik yang lebih berkesan daripada yang lain) kasino-kasino memperkenalkan teknik baru mereka. Sebagai contoh, kasino boleh menggunakan peranti untuk mengocak dek dan membuang dulang atau menggunakan lebih daripada satu dek dalam permainan Blackjack. Dengan cara ini, tempat-tempat perjudian berharap mereka dapat mengekalkan kelebihan house yang tinggi untuk menghasilkan keuntungan. Jangan lupa untuk melawat forum Kasino Sonalia.