Oleh kerana Blackjack Card Counting, kasino-kasino mula takut kehilangan wang. Sebagai tindak balas, mereka telah melaksanakan langkah-langkah pencegahan bagi melawan teknik- teknik ini. Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan kepada anda langkah-langkah yang digunakan oleh kasino-kasino untuk menentang Card Counting.

blackjack

Mengocok kad dengan lebih kerap

Kasino-kasino sering menggunakan beberapa dek kad, biasanya 3 hingga 8 dek dalam shoe yang diletakkan pada meja Blackjack. Langkah ini menjadikan semua sistem Card Counting kurang berkesan. Di samping itu, para Dealer mengocok kad dengan kerap. Amalan ini merugikan kasino serta para pemain. Masa permainan dipendekkan bermaksud kehilangan pendapatan yang tinggi dalam jangka panjang akan berlaku.

Kocokan Automatik

Selalunya kasino memasang mesin mengocok kas automatic pada meja Blackjack. Dengan cara ini, mesin tersebut boleh mengocak kad yang telah diguna sementara Dealer menggunakan kad-kad di dalam shoe tersebut. Dengan teknik ini, tiada lagi gangguan yang boleh mengurangkan keuntungan kasino dengan cepat. Selain itu, kad- kad lebih kerap dan lebih baik dicampur- adukkan dimana ia akan merumitkan atau mencegah cubaan pada Card Counting.

Dalam kasino-kasino online

Dalam laman sesawang perjudian, shoe tersebut dikocok secara automatic bagi setiap permainan. Oleh itu, ia adalah mustahil untuk mengira card online dan kasino semestinya mempunyai kelebihan berbanding para pemain. Walau bagaimanapun, kadang- kala anda boleh menemui siaran langsung meja Blackjack dalam talian. Di meja-meja ini, anda boleh mengikuti pergerakan Dealer yang sebenar melalui webcam. Ia berkemungkinan untuk menggunakan sistem Card Counting. Namun begitu, shoe dikocok secara kerap, menyebabkan usaha Card Counting tidak berkesan.

Blackjack 6:5

Sejak 2004, kasino- kasino tertentu sekali lagi telah menawarkan meja yang menggunakan shoe yang mengandungi satu dek kad. Ini mungkin kelihatan menarik bagi pengira kad, tetapi hakikatnya bukanlah sedemikian. Blackjack semulajadi iaitu Blackjack yang dibentuk dengan Ace dan 10, Jack, Queen atau King hanya mengembalikan 6 hingga 5 dan bukannya 3 hingga 2 di meja-meja ini. Meja-meja ini memberikan kelebihan kepada tuan rumah dan bukannya kepada para pemain, oleh itu anda perlulah berhati-hati.

Suasana

Anda perlu menjadi pemain yang bijak untuk memenangi wang dengan Card Counting. Dua atau tiga kesilapan dalam masa sejam akan menyebabkan anda kehilangan kelebihan anda terhadap tuan rumah. Justeru, walaupun anda telah menguasai sistem tersebut sepenuhnya di rumah anda, ia boleh menjadi susah untuk digunakan di kasino. Tempat- tempat ini biasanya penuh dengan bunyi bising dan gangguan. Suasana yang huru-hara ini membolehkan kasino kekal tidak terganggu dalam menghadapi cubaan mengira kad daripada para pemain.

Keselamatan ditingkatkan

Pengurus dan Dealer pada masa kini juga ditugaskan untuk meninjau para pemain dan mengesan pengira kad. Mereka akan mengawasi semua tingkah laku yang mencurigakan dengan bantuan kamera litar tertutup dan analisa komputer. Secara umumnya, para Dealer jugalah pengira kad yang berpengalaman. Oleh itu, mereka dengan mudahnya boleh mengesan pengira-pengira kad. Kasino-kasino juga telah menggunakan pangkalan data yang menyimpan inventori pemain yang mengira kad. Ini membolehkan kasino- kasino untuk melarang para pemain untuk duduk di meja-meja permainan.

Justeru, untuk berjaya memenangi wang dengan menggunakan sistem-sistem ini, anda mestilah menjadi seorang pakar, tetapi ia jugalah sangat penting untuk menjadi sangat bijak. Filem Las Vegas 21 yang dilakonkan oleh Kevin Spacey yang menceritakan kisah sebenar sebuah pasukan MIT Blackjack merupakan ilustrasi yang baik bagi Card Counting.