Peraturan Blackjack
Blackjack adalah salah satu permainan kad yang paling cepat dan menarik. Ia bermula dari zaman prarevolusi Perancis, zaman di mana permainan tersebut masih dipanggil sebagai dua puluh satu. Selepas itu, banyak strategi Blackjack telah dibangunkan. Mereka membenarkan pemain untuk mendapatkan manfaat daripada kelebihan house yang rendah dan walaupun kadar bayaran berada di pihak pemain dan bukan tuan rumah.
Bahan-bahan
Pada asalnya, Blackjack dimainkan dengan satu dek sebanyak 52 kad. Dengan perkembangan sistem Card Counting, kasino kini menggunakan antara tiga sehingga lapan dek. Apabila hampir tinggal satu dek di ‘shoe’ tersebut ia akan dikocak bersama dengan dulang buangan.
Matlamat permainan
Di sekeliling meja Blackjack, beberapa pemain akan duduk berhadapan dengan Dealer. Matlamat mereka adalah membentuk segenggam yang nilai mereka menghampiri 21 ataupun bersamaan 21 tanpa melebihi 21. Untuk menang, mereka hendaklah membentuk genggaman yang nilai mereka mestilah lebih tinggi daripada Dealer atau mereka akan kalahkan taruhan mereka.
Nilai kad
Untuk mengetahui nilai genggaman anda, tambahkan nilai setiap kad dalam genggaman. Kad dari 2 sehingga 10 dikira sebegitu. Ace boleh dikira sebagai 1 atau 11, bergantung kepada pemain. Kad muka iaitu daun pekak, Queen dan king bernilai 10.
Mendapatkan Blackjack
Terdapat beberapa kemungkinan apabila anda membentuk Blackjack. Segenggam boleh dibentuk dengan Ace dan kad yang bernilai sepuluh. Sekiranya genggaman anda mencapai 21 tetapi terdiri daripada tiga kad atau lebih, ia tidak akan dikira sebagai Blackjack. Blackjack ialah kombinasi yang terbaik dan biasanya mendapat bayaran sebanyak satu kali setengah daripada taruhan asal.
Cara permainan
Perkara pertama yang perlu dilakukan apabila bermain Blackjack adalah meletakkan cip. Seterusnya, Dealer akan mengedarkan sekeping kad di mana gambar kad akan menghala ke atas kepada setiap pemain termasuk diri sendiri. Kemudiannya, dia akan mengambil kad kedua di mana gambar kad akan menghala ke atas kepada pemain dan kad gambarnya menghala ke bawah untuk sendiri. Selepas itu, tibalah giliran pemain untuk membuat keputusan dari kanan hingga ke kiri seorang demi seorang. Mereka boleh mengambil satu atau beberapa kad (Hit). Jika nilai kad pemain melebihi 21, cipnya akan diambil. Pemain juga boleh menolak gilirannya (stand). Dalam kedua-dua kes ini Dealer akan pergi pada pemain yang seterusya.
Sebaik sahaja semua giliran pemain telah lepas, Dealer akan bermain mengikut peraturan. Dia akan mengambil kad secara automatik selagi kad dia belum mencapai nilai minimum 17. Jika dia menerima jumlah nilai melebihi 21, semua pemain akan menang. Jika tidak, setiap genggaman mesti diperiksa untuk menentukan pemenang dalam kalangan pemain ataupun tuan rumah. Jika keputusan pemain adalah seri dengan Dealer, dia akan menyimpan taruhannya tetapi tidak memenangi apa-apa.
Apabila pemain mendapat kedua-dua kad pertama. Terdapat dua kemungkinan tambahan bagi permainan dalam keadaan yang tertentu.
Jika kad pertama Dealer ialah Ace, maka anda boleh mengambil insurans terhadap kemungkinan Dealer mendapat Blackjack dengan menggandakan taruhan. Jika Dealer sememangnya telah membentuk Blackjack, anda akan kehilangan taruhan anda tetapi mendapat bayaran insurans anda. Sebaliknya, jika Dealer tidak dapat membentuk Blackjack, bayaran insurans itu akan hilang dan permainan akan diteruskan.
Jika anda mempunyai sepasang, anda boleh menceraikan ia (split) kepada dua genggaman. Taruhan juga mestilah digandakan pada masa yang sama.