Dalam edisi The Daily Telegraph pada haribulan 20 Januari 2018, mereka membincangkan tentang sebuah topik yang menarik. Ia adalah mengenai bagaimana teknologi dan syarikat sosial media gergasi memudaratkan kanak-kanak kita pada masa kini. Ini kerana ia memperkenalkan dunia perjudian pada kanak-kanak. Berdasarkan pada topik tersebut, tiga syarikat gergasi seperti Facebook, Apple dan Google telah menawarkan beratus-ratus jenis permainan judi. Kini, sudah terdapatnya sebuah masalah mengenai budak-budak menjadi ketagih pada gajet di usia yang muda. Memadankan mereka dengan sesuatu yang mudah untuk mempunyai ketagihan seperti perjudian sudah semestinya bukan suatu kombinasi yang bagus.

Adakah Sosial Media mengajar anak-anak anda bagaimana untuk Berjudi?

Jenis – jenis Permainan yang Dimainkan Oleh kanak-kanak Kita

Media seperti Facebook dan Google Play mempunyai pelbagai jeni permainan yang sangat menarik untuk budak-budak. Permainan seperti ini biasanya mempunyai ciri-ciri serupa seperti karakter kartun atau suatu penghormatan untuk mereka. Permainan sebegini adalah mudah dan senang untuk difahami seperti permainan-permainan yang lain. Akan tetapi, lukisan sebenar yang menjadi faktor utama pada keserupaan karakter-karakter tersebut. Contohnya, ada beberapa aplikasi yang menggunakan adiwira Marvel dan DC sebagai satu tarikan. Terdapat juga aplikasi yang menggabungkan watak kartun berlesen iaitu Naruto dan One Piece. Walaupun adanya penghormatan sebegini terhadap watak kartunnya yang sebenar, ia masih mendapat menarik perhatian dan downloads daripada budak-budak. Budak zaman kini tidak kenal erti perbezaan. Apabila terdapatnya permainan yang mempunyai ciri-ciri sebegini dan diletakkan dalam permainan slot atau format permainan judi yang lain maka budak kecil pun boleh mula berjudi. Ia mungkin tidaklah begitu terkesan memandangkan ia hanyalah sebuah permainan tetapi semestinya ia akan mempunyai sejumlah kos bayaran kerana permainan ini mempunyai pembayaran yang bersifat sebagai “power up”. Kos tambahan ini biasanya ialah sebuah visual tetapi berdasarkan daripada artikel, ia boleh dibeli sehingga mencecah sekitar £179.

 

Banyak Daripada yang Anda Sangkakan

Kini seseorang boleh katakan bahawa permainan ini adalah jauh dan sebahagian daripadanya membawa ancaman kepada budak-budak. Bagaimanapun, itu bukanlah punca utamanya. Sekilas lalu pada Google Play akan tunjukkan bahawa terdapat lebih kurang 250 permainan kasino yang sesuai untuk mereka yang berusia 12 tahun. Apple mempunyai lebih kurang 200 permainan kasino yang sesuai untuk anggaran umur yang sama. Selain itu, wujudnya perdebatan yang mengatakan semenjak pengguna Facebook berumur 13 tahun ke atas, mereka tidak lagi menjadi seorang suspek berbanding dengan aplikasi yang dua-dua tadi. Walaupun begitu, ramai yang tahu bahawa terdapat jumlah signifikan pengguna Facebook yang berada di bawah umur. Akan tetapi, halaman tersebut masih mempunyai sekurang-kurangya 70 permainan jenis kasino untuk dicuba oleh para pemain.

Adakah Sosial Media mengajar anak-anak anda bagaimana untuk Berjudi?

 

Perasaan Risau yang Semakin Timbul

 

Penyiasatan mengenai ini tidak dibiarkan begitu sahaja, ia tidak juga dijadikan isu yang normal di mata masyarakat. Pengarah eksekutif dari Gambling Commission iaitu Tim Miller telah menunjukan perhatian dalam perkara ini. Beliau telah mengatakan bahawa trend seperti ini boleh menjerumus kepada membuatkan permainan ini sesuai dan normal untuk sesebuah generasi.

“percuma untuk dimain, permainan yang bersifat kasino yang menjadi berita utama oleh penyiasatan telegraf merupakan bukti kepada penjudian di permainan komputer.”

Perkara ini telah merisaukan Miller dan dia mengatakan bahawa permainan sebegini menawarkan pengalaman yang serupa dengan kasino terhadap kanak-kanak. Bagaimanapun, mereka tidak diseragamkan seperti operator biasa. Seperti yang beliau telah katakan:

Sesetengah daripada produk ini telah mendedahkan aktiviti kasino terhadap kanak-kanak – memutarkan roda rolet, bermain mesin slot, permainan peluang – tanpa adanya peringatan atau perlindungan yang mana operator perjudian berlesen harus tunjukkan.

The Issue at Hand Isu Semasa

Isu mengenai kanak-kanak ini telah mendapat perhatian dan juga kebergantungan mereka terhadap gajet mobil. Kajian menunjukkan yang seorang budak yang mempunyai akaun Facebook atau ketagihan terhadap gajet kongsi scan otak yang sama dengan penagih kokain. Jadi itu yang membuat rasa kerisauan itu timbul. Tetapi, kini wujud masalah besar berkaitan dengan masalah berjudi. Pada pendapat saya, ia harus dicegah dengan segera. Yang pertama, ia adalah masalah ibu bapa. Penggunaan Facebook, atau sosial media yang lain semakin meningkat disebabkan ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka menggunakan tablet agar mereka tidak menangis. Apa yang mereka tidak tahu ialah mereka menganggu deria anak tersebut. Seterusnya, organisasi untuk mengawal dan memantau permainan kasino di sosial media dan kedai aplikasi harus ditubuhkan. Memandangkan barang seperti ini amat mudah untuk didapati oleh budak-budak maka ia bukanlah idea yang buruk untuk menggabungkan mereka sekaligus. Permainan sebegini mungkin percuma untuk dimain tetapi ia juga dapat memberikan rasa yang sama seperti bermain permainan slot. Dengan ini, kita mempunyai alasan yang kukuh untuk mempunyai organisasi yang memantau kasino dan ia bukanlah tentang duit semata-mata. Mereka juga pastikan yang ketua operator sedar akan isu yang dihadapi oleh pemain yang bermasalah. Sekiranya badan pertubuhan seperti ini tidak wujud maka syarikat gergasi seperti Facebook dan Google akan menjadi berani berbuat ikut sesuka hati mereka dengan permainan kasino dan tidak akan bertanggungjawab terhadap kesan yang dibawa atas kanak-kanak.